Juara tiga kali Sukan Olimpik ter­sebut mendominasi empat pingat emas dalam acara renang gaya bebas menerusi kategori 200 meter (m), 400m, 800m dan 1,500m di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, Jakarta.

Sun Yang sebelum ini menjadi atlet kon­troversi pada Sukan Asia 2014 apabila perenang berusia 26 tahun tersebut mempersendakan lagu kebangsaan Jepun selepas dia menewaskan Kosuke Hagino bagi acara 200m di Incheon, Korea Selatan.

“Saya tidak berlatih untuk tem­poh yang lama sejak empat tahun lalu selepas Sukan Asia di Incheon.

“Kejayaan kali ini le­bih daripada apa yang sa­ya sangkakan dan ia sememangnya satu kejayaan besar buat diri sa­ya,” katanya dalam nada sebak.

Sun Yang telah membukti­kan satu keajaiban di Indonesia dan dia juga merasakan so­ko­ngan oleh para penyokong akan da­­pat menyuntik sema­ngatnya untuk beraksi lebih baik pada Sukan Olim­pik 2020 di Tokyo nanti.

“Perenang Jepun merupakan pe­saing utama saya selama ini dan saya akan menjadikan mereka sebagai motivasi untuk beraksi le­bih baik selepas ini,” ujarnya. – Agensi