Musim 2017 antara rekod terbaik buat pemain No. 2 dunia tersebut, namun Srikanth dilihat masih bergelut dengan masalah kecederaan yang dialaminya ketika tersingkir pada dua kejohanan penting iaitu Terbuka China dan Terbuka Hong Kong musim lalu.
Selepas berehat panjang, Srikanth akan ke Gold Coast dalam keadaan yang sempurna untuk bangkit dan menyumbang pingat buat India.
“Bagi saya, memenangi pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia adalah penting. Jika saya berhasrat untuk menjadi pemain No. 1 dunia, sudah pasti saya akan berjuang habis-habisan pada saingan di China dan Hong Kong,” katanya.
Selepas memulakan aksi yang sedikit hambar awal tahun ini, pemain berusia 25 tahun itu tidak terganggu dengan kekalahan ketika beraksi pada Kejohanan Akhir Super Series Dunia Dubai.
“Meskipun China tidak berada dalam saingan ini (Sukan Komanwel), saya rasa ia masih kejohanan yang sukar dan bagus buat pemain India khususnya.
“Bagi saya, sudah pasti peluang untuk meraih pingat emas sangat cerah dan saya akan melakukannya dengan baik,” ujarnya. – Agensi