Satu-satunya kelab dari Malaysia yang dijemput menyertai Pluk Panya Cup di Mden Aca­demy, Grand Arena, Boat Plaza, Phuket itu bakal bertarung de­ngan wakil dari Si­ngapura, Indonesia, Brunei dan tuan rumah, Thailand.

Pengasas kelab me­rang­kap Ketua Jurulatih SAFC, Kuzairy Abu Bakar berkata, pihaknya amat terharu dengan jemputan itu dan berharap para pemain dapat menggunakan pengalaman pertama bertanding di luar Malaysia sebaik mungkin selain mencipta kejutan.

“Tampil sebagai juara bawah 12 tahun (B-12) Division 2 Liga 1MCC 2018 diharap mampu melonjakkan semangat kepada para pemain untuk menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Seramai 35 pemain B-10 dan B-12 akan memikul tanggungjawab ini,” katanya selepas me­nerima sumbangan berupa pek sacet 100Plus Active dari Pengurus Acara dan Tajaan, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, Muhammad Fauzi Ahmad di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Kuzairy, ke­lab yang mempunyai lebih 700 pelatih di 12 pusat latihan di Lembah Klang itu beroperasi sepenuhnya hasil sumbangan ibu bapa.

“Pihak-pihak yang berminat sama ada individu atau sektor swasta untuk menaja kelab yang semakin digeruni ini boleh berhubung dengan saya di talian 012-259 2950 atau Lee 012-283 2612,” kata­nya.

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi berkata, sumbangan pek sacet 100Plus Active tersebut memudahkan para pemain dan jurulatih menikmati 100Plus semasa bertan­ding di Phuket nanti.

“Memang 100Plus boleh didapati di Thailand tetapi kami menyediakan perisa yang sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia.

“Ia sangat mudah di­bawa dan disediakan. Cuma campurkan serbuk campuran 100Plus Active ke dalam 220 mililiter air minuman. Kami berharap sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada para pemain dan jurulatih.

“Kami juga berharap SoccerAce dapat menunjukkan mutu permainan yang baik selain menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.