Menurut laman web kejohanan www.2018wmc.worldbowling.org, mereka menewaskan pesaing dari Amerika Syarikat, EJ Tackett dan Andrew Anderson 433-370 pada final.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir, Ang dan Tun Ameerul Hakim menang ke atas pemain Kanada, Dan MacLelland dan Francois Lavoie 458-412.

Pingat emas pertama Malaysia diperoleh melalui Muhammad Rafiq Ismail, yang menjadi pemain tenpin boling negara pertama memenangi  acara perseorangan dalam kejohanan itu sejak 1979, selepas beliau mengalahkan Dan MacLelland, pada Sabtu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Boling Lelaki Dunia  ialah pada 1979 menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo. - Bernama