Kem negara berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat A. Somanroy yang akan beraksi dalam acara kumite 84 kilogram (kg), S. Daneshkumar untuk kategori 74kg dan atlet wanita sedang meningkat naik, P. Madhuri bagi acara 50kg kerana mengalami masalah kesihatan.

“Kami masih menanti keputusan doktor berhubung peluang mereka bertiga untuk beraksi kerana dipercayai masih demam sejak berakhirnya satu kejohanan di Bangkok baru-baru ini.

“Bagi saya, ia bukan satu halangan besar kerana kami masih memiliki pengganti ampuh untuk mengisi kekosongan tiga atlet tersebut. Kejohanan ini juga adalah platform terbaik buat kami mencungkil bakat-bakat baharu.

“Saya harap atlet-atlet baharu yang terpilih pada kejohanan kali ini dapat mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas,” katanya.

Kejohanan edisi ke-18 itu menyaksikan seramai 544 atlet dari 33 negara mengambil bahagian dengan Jepun muncul selaki pilihan utama untuk bergelar juara keseluruhan pertandingan tersebut.

Skuad karate negara pula mempertaruhkan keupayaan 44 atlet terpilih yang dibahagi kepada dua kategori iaitu kumite dan kata. - K! ONLINE