Pada aksi final, trio negara yang diketuai pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Mohd. Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis sekadar memenangi perak setelah tewas kepada gandingan China, Li Jianxin, Xu Chao dan Zhou Yu.

China melakar masa 44.160 saat manakala Malaysia mencatat 44.598 saat.

Jepun meraih pingat gangsa setelah menewaskan Korea Selatan dengan catatan rekod baharu kejohanan, 43.899 saat berbanding Korea Selatan yang mencatat 43.976 saat.

Terdahulu, Malaysia mengungguli pusingan kelayakan dengan catatan rekod baharu Asia, 43.934 saat sebelum dipadam trio Jepun, Kazuki Amagai, Yudai Nitta dan Tomohiro Fukaya yang kemudiannya meraih pingat gangsa. - Bernama