Anak jati Perak itu yang menyumbang pingat emas bersama Emma Firyana Saroji dalam acara pairs wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, baru-baru ini menegaskan, beliau masih belum berhasrat untuk bersara daripada sukan berkenaan yang sudah sebati dalam dirinya.

"Kalau orang tanya perancangan untuk bersara, perkara itu tiada dalam fikiran saya lagi kerana saya masih berminat menjadi seorang atlet dan apabila kita sudah meraih sesuatu kejayaan, kita semestinya menyasarkan kejayaan yang lain," katanya.

Siti Zalina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bersama skuad boling padang negara dari Gold Coast, awal pagi ini.

Menyentuh mengenai kejayaan meraih emas, beliau yang merupakan seorang anggota polis menjelaskan ia hasil daripada latihan intensif selama hampir dua bulan di Australia sebelum bermulanya temasya Sukan Komanwel. - Bernama