Ia merupakan tiga mata pertama yang berjaya dipungut oleh Everton apabila berjaya menundukkan Southampton 2-1 di Goodison Park kelmarin selepas mereka terikat seri 2-2 ketika melakukan perhitungan dengan Wolverhampton untuk aksi pembukaan EPL minggu lalu.

Dalam aksi di Goodison Park, Everton terlebih dahulu berjaya menemui jaringan pembukaan hasil sentuhan Theo Wallcot yang berjaya menyempurnakan sepakan percuma dengan baik pada minit ke-15 sebelum Richarlison meletakkan pasukan tuan rumah selesa di depan berselang 16 minit kemudian. Pasukan pelawat hanya memperoleh gol sagu hati pada minit ke-54 hasil jaringan Danny Ings.

“Ia merupakan tiga mata yang sangat penting buat ­pa­sukan. Ia mampu memberikan motivasi kepada pemain dan keputusan ini juga merupakan hadiah buat penyokong kami.

“Pada babak pertama, pemain menunjukkan aksi yang sangat baik dan bersambung separuh masa kedua kami cuba melakukan sedikit per­ubahan untuk menguasai perlawanan.

“Biarpun rentak permainan kami agak perlahan dan bolos satu gol, namun pemain tetap mempunyai peluang untuk menambah jaringan sebelum tamat perlawanan.

“Namun, saya tidak berpuas hati dengan gol Southampton yang berpunca daripada ­situasi bola mati kerana pemain mampu menanganinya dengan lebih baik,” kata Silva. – Agensi