Bekas pemain No. 1 dunia tersebut beraksi cemerlang pada penampilan pertama pada kejohanan itu selepas menewaskan Daria Gavrilova dari Australia dengan keputusan straight-set 6-0, 6-4, namun dia tidak berupaya meneruskan aksi kedua menentang pemain pilihan ketiga, Daria Kasatkina.

Hasil keputusan tersebut, Kasatkina bakal berdepan bekas jaguh No. 2 dunia dari Rusia, Vera Zvonareva pada peringkat suku akhir hari ini.

“Saya cuba sedaya upaya untuk bertanding minggu ini, namun bahu kanan saya terus mencetus masalah sehingga saya terpaksa membatalkan perlawanan ketika menentang Kasatkina.

“Sudah pasti saya sangat kecewa memandangkan ini perlawanan sulung pada St. Petersburg dan beraksi di laman sendiri serta penyokong. Saya harap mampu kembali beraksi di sini pada masa akan datang.

“Dalam waktu terdekat ini saya akan berjumpa doktor untuk menilai situasi dan saya tidak sabar untuk bertanding secepat mungkin,” katanya. – Agensi