Sebagai rekod, ia adalah kemenangan pertama buat skuad Jerman sejak ter­singkir daripada peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2018 di Rusia, Jun lepas.

Pada perlawanan tersebut, jaringan Nico Schulz dan Julian Brandt berjaya menghadiahkan kemenangan buat juara Piala Dunia edisi 2014 itu selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1 hasil daripada jaringan Luis Advincula.

“Saya gembira kami berjaya meraih kemenangan pada perlawanan ini kerana bukan mudah untuk mencatat kemenangan selepas pasukan ini dikritik hebat pada kempen Piala Dunia 2018 lepas.

“Pasukan ini berhak mencatat kemenangan kerana mereka bekerja keras selama 90 minit khususnya ketika kami ketinggalan 0-1. Namun, saya akui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan,” katanya.

Sementara itu, Loew turut memuji impak yang dilakukan oleh Brandt selepas pemain tersebut dihadiahkan jersi keramat No. 10 yang sebelum ini disarung oleh Mesut Ozil.

“Saya gembira dengan corak permainannya dan dia berhak untuk berada dalam kesebelasan utama selepas menunjukkan komitmen tinggi serta sangat kreatif dalam sesi latihan,” katanya. – Agensi