Marcus Rashford meletakkan England di depan menerusi rembatan pada minit ke-11, namun Sepanyol membalas dengan jaringan penyamaan dua minit kemudian hasil percubaan Saul Niguez.

Penyerang Valencia, Rodrigo Moreno kemudian menghukum kealpaan benteng pertahanan England dengan gol kemenangan skuad La Roja pada minit ke-32, sekali gus memberi kekalahan pertama The Three Lions di hadapan penyokong sendiri selepas aksi cemerlang mereka di Piala Dunia Jun lalu.

Pemain Sepanyol meraikan jaringan Moreno pada aksi di Wembley awal pagi tadi.
Pemain Sepanyol meraikan jaringan Moreno pada aksi di Wembley awal pagi tadi.

 

Sepanyol berada di rangking lebih bawah daripada England sejak kempen Piala Dunia lalu di mana mereka berada di tangga kesembilan berbanding England di tempat keenam dunia.

Namun, di bawah kendalian jurulatih baharu, Luis Enrique, juara dunia 2010 itu jauh lebih bagus berbanding England dan berpotensi menjadi antara pencabar utama kepada Perancis empat tahun lagi.

“Kami sedar keupayaan kami. Kami masih di peringkat awal dalam perancangan sebenar kami. Ini adalah ujian getir dalam segi taktikal menentang sebuah pasukan yang banyak menyerang dan bagus dalam penguasaan bola.

“Kami perlu terus menilai permainan kami dan melihat apa kesilapan yang dilakukan, tetapi kami tetap mahu meneruskan perancangan sedia ada dan perbaiki prestasi kami,” jelas Southgate.

Pada aksi itu, pertahanan Manchester United, Luke Shaw terpaksa diusung keluar akibat kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dcengan Dani Carvajal, namun England tetap Berjaya bangkit pada minit akhir permainan dan sepatutnya dapat menyamakan kedudukan.

Penjaga gol Sepanyol, David de Gea bertindak cemerlang menyelamatkan tandukan Rashford pada babak pertama sebelum skuad kendalian Gareth Southgate itu berang dengan keputusan pengadil yang enggan mengesahkan jaringan lewat Danny Welbeck kerana mengasari De Gea.

Jaringan Welbeck pada lewat permainan dibatalkan pengadil selepas dia mengasari penjaga gol Sepanyol
Jaringan Welbeck pada lewat permainan dibatalkan pengadil selepas dia mengasari penjaga gol Sepanyol, De Gea.

 

England terpaksa akur dengan kekalahan pertama mereka dalam aksi kompetetf pertama di Wembley sejak tewas kepada Croatia pada Kelayakan Euro 2008 pada November 2007, sekali gus mengakhiri rekod kebal 24 perlawanan di tanah air sendiri.

Ini juga merupakan kekalahan pertama Southgate di tempat sendiri sejak mengendalikan skuad The Three Lions. - Agensi