Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkenaan dan ia masih diawal siasatan.

"Kita baru sahaja menerima maklumat dan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana perkara ini sedang disiasat.

"Apa saya boleh katakan, pemain badminton itu bukan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun dia merupakan seorang pemain profesional," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah atau GEMPUR di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut di sini hari ini. - K! ONLINE