Pada perlawanan itu, pemain Inter Milan, Keita Balde serta Krepin Diatta memastikan tiga mata menjadi milik mereka apabila masing-masing meledak satu gol pada perlawanan tersebut.

Jurulatih Senegal, Aliou Cisse tanpa berselindung mengakui gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya, lebih-lebih lagi beliau sudah lama menantikan pasukan berkualiti seperti itu.

“Kami memulakan saingan dengan cukup baik apabila berjaya memenangi perlawanan pertama dan saya yakin, ia akan membakar semangat pemain-pemain bagi menampilkan aksi lebih baik menjelang aksi seterusnya.

“Semua pemain bermain mengikut strategi yang ditetapkan. Saya melakukan eksperimen hampir lima tahun untuk cuba hasilkan sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan, jadi saya fikir Senegal sudah memilikinya sekarang,” kata Cisse.

Pada masa sama, beliau turut berwaspada dengan aksi seterusnya menentang Algeria memandangkan pa­sukan itu turut memulakan saingan dengan kemenangan selepas menewaskan Kenya 2-0 pada aksi berasingan.

“Walaupun saya yakin de­ngan kemampuan pasukan tetapi kami perlu berwaspada dengan Algeria. Bagaimanapun, saya sudah ada ramuan tersendiri bagi membolehkan kami mengambil kesempatan ke atas mereka,” ujarnya. - Agensi