Barisan atlet Malaysia yang dipimpin Ketua Kontinjen, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mendengar amanat berharga daripada pemimpin No. 1 negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Putrajaya semalam.

“Jika Malaysia pernah menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini (Sukan Asia 2010), saya tidak nampak kenapa kontinjen kita tidak boleh mengulangi kegemilangan itu pada edisi kali ini atau mungkin melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu,” kata Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta beberapa barisan jemaah menteri.

Sebagai rekod, kontinjen Malaysia telah mendaftarkan seramai 426 atlet pada Sukan Asia 2018 yang mempertandingkan 35 acara sukan.