Muhammad Rahimi Iskandar muncul wira buat Selangor apabila berjaya meledak empat gol pada suku masa ketiga dan keempat perlawanan itu.

Jurulatih Selangor, Mohd. Zaki Hushariq menyifatkan keserasian antara pemain merupakan kunci kejayaan skuad bimbingannya dalam aksi final itu sekali gus mengubati kekecewaan mereka yang sekadar melangkah ke suku akhir sahaja pada edisi tahun lalu.

“Walaupun kehilangan ramai tonggak tetapi pemain-pemain muda dalam skuad Selangor kali ini berjaya menyuntik semangat pasukan. Kerjasama antara mereka yang membolehkan kami meraih kemenangan hari ini,” katanya.

Baki empat lagi gol diperoleh menerusi dua jaringan Mohd. Azme Mohd. Kamal pada minit pertama serta sembilan selain masing-masing satu daripada Mohd. Faizal Reza Mohd. Nor (m-18) dan Mohd. Fuad Azis (m-40).

Pulapol pula terpaksa berpuas hati muncul naib juara apabila sekadar menjaringkan dua gol sahaja menerusi jaringan Baljit Sigh pada suku masa pertama dan keempat perlawanan.

Sementara itu, Kelantan buat julung kali berjaya muncul juara saingan Liga Divisyen Satu selepas menewaskan Melaka menerusi penentuan penalti shoot-out 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 60 minit permainan. - K! ONLINE