Pemain berusia 21 tahun itu mendedahkan dia tidak me­nyangka dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad Kim Swee kerana sasarannya yang sebenar adalah pada tahun hadapan bagi mewakili skuad kebangsaan beraksi pada Sukan SEA 2019 di Manila, Fi­lipina.

Bagaimanapun, Khatul tetap merasakan ia adalah satu penghargaan yang besar buat dirinya selepas terpilih dalam senarai awal pemain B-23 kebangsaan dan mahukan kepercayaan tersebut dapat memberikan motivasi kepadanya untuk di­terjemahkan kepada pasukan Kuala Lumpur.

“Saya tidak terasa hati dan kecewa apabila disingkirkan pada saat akhir malah ia adalah satu penghargaan dan pengalaman terbaik untuk saya ber­aksi lebih baik selepas ini.

“Saya juga tidak menyangka nama berada dalam senarai awal kerana impian dan sasaran saya adalah untuk beraksi di Manila tahun hadapan.

“Namun, sokongan tetap bersama skuad B-23 kerana merasakan saya tetap menjadi sebahagian daripada pasukan yang akan membuat perhitu­ngan dengan Korea Selatan esok (malam ini).

“Saya mahukan pengalaman dan latihan sepanjang bersama Kim Swee dapat digunakan de­ngan sebaik mungkin bersama Kuala Lumpur untuk mengharungi kempen Piala Malaysia dan yang terdekat berdepan Pe­rak hujung minggu ini,” katanya.

Sementara itu, pemain kelahiran Kedah tersebut juga mahu Kuala Lumpur berwaspada de­ngan kunjungan Perak di Cheras Ahad ini berikutan skuad The Bos Gaurus mempunyai misi untuk menang apabila mereka sebelum ini gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan.