Penampilan pertama Lorenzo menggunakan jentera Honda RC213V baharunya pada ujian Valencia minggu lepas agak memberangsangkan apabila catatan masa ujian pertama dan keduanya meningkat sebanyak beberapa saat.

Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku buat Marquez yang mengakui tidak berhabis-habisan pada sesi ujian tersebut memandangkan dia masih lagi sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

“Saya tidak tergugat dengan Lo­renzo. Sudah tentu kami berdua mahukan gelaran dunia dan mahu berada di hadapan. Kami berdua juga akan berhabis-habisan memastikan sasaran tersebut tercapai.

“Bagaimanapun, kami tetap rakan sepasukan apabila di luar litar. Selepas menewaskannya pada GP Austria dan Brno lalu, kami masih lagi bersikap profesional.

“Sudah tentu, dia lebih matang daripada saya dan memiliki lebih pengalaman. Saya yakin dapat membina hubungan dengannya sama seperti hubungan saya dengan Andrea Dovizioso sekarang,” ujarnya. – Agensi