The Foxes berjaya menundukkan Wolverhampton Wanderers 2-0 minggu lalu di laman sendiri, biarpun penyerang utamanya diarahkan keluar padang pada minit ke-66 selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain pertahanan pasukan pelawat, Matt Doherty.

Dalam situasi tersebut, Vardy berjaya mendapatkan bola untuk terus berada dalam kawalannya, namun terjahan itu agak keterlaluan dan menyebabkan Doherty mengalami kece­deraan ekoran insiden tersebut.

Bagaimanapun, pengurusnya, Clau­de Puel sebelum ini memihak kepada Vardy dengan mengatakan pemain skuad kebangsaan England tersebut sememangnya tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian kepada pasukan pelawat pada aksi kedua mereka di Stadium King Power.

“Kadang kala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pemain adalah satu pilihan yang salah biarpun tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

“Saya menyesal dengan apa yang terjadi ini dan saya tidak sepatutnya berbuat demikian untuk mendapatkan bola daripada Doherty.

“Namun, insiden tersebut sememangnya merubah corak permainan kami dan saya mahukan ia menjadi pengajaran berguna buat diri agar tidak akan mengulang kembali insiden itu,” kata Vardy. – Agensi