Salah berjaya menewaskan rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal yang turut tercalon untuk anugerah berkenaan.

Bintang Mesir itu sebelum ini turut berjaya menewaskan Mane dan Aubameyang pada anugerah tahun lepas yang dibuat berdasarkan undian daripada 56 pengarah teknikal dan ketua jurulatih terdiri daripada anggota CAF.

“Anugerah ini sangat bermakna bagi saya kerana saya telah impikannya sejak dari kecil lagi.

“Saya berbangga kerana memenanginya sebanyak dua kali dan saya harus berterima kasih kepada semua anggota keluarga dan rakan sepasukan saya.

“Saya tujukan anugerah ini kepada seluruh rakyat negara saya di Mesir,” jelas Salah.

Aubameyang pula pernah memenangi anugerah tersebut pada 2015 dan diundi dalam kelompok tiga pemain terbaik buat kali kelima.

Sementara itu, Mesir pula turut memenangi hak sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019 dalam majlis berkenaan menewaskan Afrika Selatan. – Agensi