Bagaimanapun, penyerang Mesir itu masih memberikan harapan buat beberapa kelab gergasi apabila bersedia untuk menilai semula kedudukannya di Anfield pada musim panas tahun hadapan.

Real Madrid dan Juventus dikatakan bersedia untuk menawarkan nilai yang cukup lumayan iaitu £150 juta (RM788.81 juta) untuk mendapatkan Salah yang berjaya meningkatkan popularitinya selepas berpindah daripada AS Roma.

Laporan akhbar di England sebelum ini menyebut, Salah yang meledak 71 gol dalam 104 penampilan bersama skuad kendalian Jurgen Klopp menjadi prospek utama buat Real atau mungkin kembali ke Itali.

Namun, selepas berjaya membantu Liverpool muncul sebagai juara Eropah, menentang Tottenham Hotspur, dia merasakan belum sampai masanya untuk meninggalkan Merseyside.

Klopp juga dikatakan sedar dengan minat yang ditunjukkan oleh beberapa pasukan gergasi lain dan cuba berbincang dengan pihak pengurusan pasukan untuk memastikan Salah terus kekal.

Selain itu, Liverpool juga sedang cuba untuk membuatkan rakan sepa­sukan Salah, Sadio Mane lebih selesa beraksi di Anfield biarpun pemain antarabangsa Senegal itu dikatakan cukup gembira ketika ini. – Agensi