Pelumba Itali tersebut sebelum ini telah mengenal pasti bahawa ECU menunjukkan prestasi yang agak lemah ketika sesi ujian pramusim sehingga menyebabkan jentera M1 hilang daya pecutan.

Namun, perkara sama berulang pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech apabila Rossi ha­nya berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan selama tiga pusingan sebelum mudah di­pintas Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez.

Pada 2016, pihak penganjur perlumbaan MotoGP membuat peraturan baharu apabila setiap pasukan perlu menggunakan ECU yang dibekalkan sahaja berban­ding setiap pasukan menyediakan peralatan tersebut sendiri sebelum itu.

“Yamaha melakukan kesilapan terhadap sistem elektronik ber­kenaan.

“Peraturan tersebut sebenarnya dilakukan supaya jurang antara pasukan pengeluar dan satelit tidak terlalu jauh bagi mewujudkan persaingan yang sihat.

“Bagaimanapun, pasukan lain seperti Ducati dan Honda berjaya mencari jalan untuk menjadikan sistem berkenaan lebih efektif berbanding kami menyebabkan Yamaha berdepan kesukaran untuk memberikan cabaran,” jelas­nya. – Agensi