ROSSI sentiasa mengerahkan jurutera Yamaha menghasilkan jentera
 

Bagaimanapun, sikap Rossi itu mem­bolehkan Yamaha me­­raih kemenangan ber­ganda apabila dia dan rakan sepasukannya, Ma­ve­rick Vinales berjaya menaiki podium kedua dan ketiga pada Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring minggu lalu.

Kejayaan itu berikutan kepekaan Rossi dalam mengenal pasti masalah elektronik sebagai punca Yamaha ketinggalan di belakang pesaing utama seperti Honda dan Ducati pada awal tahun ini.

Sejak itu, pelumba berusia 39 tahun tersebut sentiasa mengerahkan pasukan jurutera Yamaha memperbaiki aspek tersebut banyak kali sehingga meraih catatan yang mereka inginkan.

“Saya telah memberi banyak tekanan kepada jurutera Yamaha. Mereka tidak dapat menahan sifat tegas dan cerewet saya lagi. Setiap kali mereka melihat saya, mereka akan melarikan diri.

“Setiap hari saya bersama mereka dan terus mendesak agar meningkatkan kelajuan. Hakikatnya, usaha tersebut masih lagi tidak banyak membantu kerana masih belum meraih gelaran juara.

“Bagaimanapun, kami berharap akan terus ada kemajuan kerana saingan masih panjang dan saya ­ingin mencapai misi bergelar juara sebelum akhir tahun ini,” katanya.

– Agensi