Sebagai rekod, Ronaldo yang bersahabat baik dengan Rodriguez ketika mewakili pasukan Real Madrid percaya pemain antarabangsa Colombia itu memiliki kualiti untuk menyerlah di Turin nanti.

Kontrak Rodriguez bersama kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich secara pinjaman akan berakhir penghujung musim ini dan pemain tengah itu akan pulang me­nyertai Real pada saingan musim depan.

Namun, Rodriguez dilaporkan tiada dalam perancangan pengendali The Galacticos, Santiago Solari dan bersedia untuk melepaskan khidmatnya tetapi dengan syarat pasukannya dapat pemain perancang yang baharu.

Difahamkan, Real sangat berminat untuk membuat pertukaran Rodriguez dengan pemain tengah sensasi Juventus, Paolo Dybala yang dilaporkan gagal mencipta keserasian dengan Ronaldo di kelab itu musim ini.

Selain daripada Juventus, beberapa pasukan turut dilaporkan berminat untuk me­nyambar pemain berusia 28 tahun itu seperti Paris Saint-Germain (PSG), Manchester United, Chelsea dan Arsenal. – Agensi