Real Madrid telah meminjamkan Rodriguez ke Bayern Munich pada musim ini selepas pemain antarabangsa Columbia itu sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian jurulatih, Zinedine Zidane.

Pemain berusia 25 tahun itu yang memulakan kempen dengan permainan kurang meyakinkan di Allianz Arena kembali beraksi cemerlang selepas berjaya membantu skuad kendalian Jupp Heync­kes menerajui takhta Bundesliga.

Bagaimanapun, laporan mendakwa, Rodriguez yang bakal berhijrah pada musim panas nanti dengan reputasi cemerlang selepas Piala Dunia 2018 di Rusia akan menyaksikan nilai pemain tersebut melambung tinggi.

Sementara itu, Liverpool pula dikatakan memiliki bajet yang besar selepas menjual Philippe Coutinho ke Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £142 juta (RM796.07 juta) bulan lalu.

Sementara itu, pengurus The Reds, Jurgen Klopp mendedahkan, beliau enggan membuat pembelian pemain bagi menggantikan Coutinho pada jendela perpindahan pemain bulan lalu kerana harga pemain yang dikehendaki Liverpool me­ningkat begitu mendadak kerana me­­­n­yedari kelab Merseyside itu memiliki bajet besar. – Agensi