Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, bagi merealisasikan langkah tersebut ia memerlukan masa sesuai yang tidak terlalu panjang kerana harus melalui proses secara berperingkat bagi melaksanakannya.

“Kita perlu mendapat persetujuan daripada banyak pihak kerana kebanyakan stadium dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri bukannya kerajaan.

“Kita sememangnya menghadapi masalah fasiliti yang terdapat di stadium untuk perlawanan Liga M terutama aspek keselamatan namun perlu hadapinya satu persatu.

“Oleh itu kita tidak perlu melulu untuk melaksanakannya kerana dikhuatiri banyak stadium tidak dapat digunakan untuk Liga M jika kerusi bernombor ini dijadikan satu kewajipan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah agar stadium yang menjadi venue perlawanan Liga Malaysia (Liga M) perlu menggunakan kerusi bernombor sebagai langkah tepat bagi memastikan keselamatan para penyokong terjamin ketika menyaksikan perlawanan.