Solskjaer yang dilantik sebagai pengendali sementara pasukan itu sudah menyamai rekod legenda United berkenaan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam saingan Piala FA Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memikirkan mengenai peluang meleburkan rekod Busby menjelang aksi Liga Perdana England (EPL) menentang Tottenham Hotspur di Wembley minggu depan.

“Saya tidak peduli dengan rekod tersebut. Ini bukan masanya untuk saya fikir mengenai perkara itu kerana saya mungkin berada di sini bagi tempoh 20 tahun akan datang, jadi itulah masa sesuai untuk lihat rekod yang dicatatkan.

“Apabila saya memegang sesuatu jawatan, saya tidak suka untuk melihat ke belakang kerana itu bukan cara saya. Apa yang penting sekarang adalah untuk fokus pada tugas yang diberikan,” kata Solskjaer.

Bekas penyerang United itu juga mengakui tugas sukar menanti mereka ketika berkunjung ke Wembley berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan Spurs pada ketika ini.

“Bertemu Spurs di tempat lawan merupakan satu tugas yang sangat sukar. Mereka menampilkan aksi yang sangat baik sepanjang musim ini, tidak kira dari segi individu ataupun berpasukan,” ujarnya. – Agensi