Keputusan tersebut menyaksi­kan Neymar kemungkinan bakal diturunkan pada aksi pembukaan Ligue 1 menentang Nimes malam esok meskipun pemain antarabangsa Brazil itu sememangnya mahu berhijrah daripada PSG pada jendela perpindahan kali ini.

Meskipun mendapat perhatian Real, Neymar turut menjelaskan secara terbuka keinginannya kembali ke pangkuan Barcelona selepas berhijrah daripada kelab itu ke PSG de­ngan rekod perpindahan se­banyak £200 juta (RM1.01 bilion) pada 2017.

Real pula sudah bersetuju dengan syarat PSG yang mahu nilai perpindahan £110.5 juta (RM565.7 juta) serta pertukaran pemain tengah yang juga pemenang Ballon D’Or tahun lalu, Luka Modric dalam klausa perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, skuad Los Blancos itu membuat pusingan-U terhadap tawaran tersebut selepas tidak mendapat persetujuan jurulatih mereka, Zinedine Zidane yang mahukan pemain tengah baharu sebagai ke­utamaan berbanding kehadiran penyerang seperti Neymar.

Zidane dilaporkan mahu menandatangani pemain tengah Manchester United, Paul Pogba,­ namun nilai yang dituntut iaitu £150 juta (RM761.2 juta) terlalu tinggi dan menyebabkan kelab itu beralih kepada pemain Ajax Amsterdam, Donny Van De Beek sebagai alternatif.

Selain itu, Zidane turut melihat Mbappe sebagai buruan utama sekiranya mahu memantapkan jentera sera­ngan mereka, namun hanya boleh menawarkan kontrak pada tahun depan kerana pasukannya baru menandatangani Eden Hazard daripada Chelsea. – Agensi