Mohd Qabil menampilkan tunggangan cemerlang bersama kuda bernama Rosenstolz apabila mengutip 76.620 mata namun gagal menyaingi kehebatan atlet Hong Kong, Wing Ying Siu yang merangkul emas selepas meraih 77.045 mata.

Gangsa menjadi milik atlet Korea Selatan, Kim Hyeok yang mengumpul 75.705 mata.

Atlet negara berusia 38 tahun itu menduduki tempat teratas dalam saingan pusingan awal yang berlangsung pada Selasa.

Ia merupakan perak kedua Malaysia dalam temasya sukan terbesar di Asia yang memasuki hari kelima selepas skuad sepak takraw kebangaaan menghadiahkan perak dalam acara regu berpasukan, semalam.

Untuk rekod, Mohd Qabil meraih gangsa dalam acara itu pada edisi 2006 di Doha dan 2010 di Guangzhou. - Bernama