Pulapol meraih kejayaan tersebut selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan kedua di Stadium Hoki Kangar petang tadi sekali gus mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan B.

Ketua jurulatih Pulapol, Zulkifli Omar meluahkan rasa lega kerana berjaya anak-anak buahnya berjaya memperbaiki kesilapan untuk bangkit memenangi perlawanan itu.

“Saya akui pemain-pemain sedikit lega selepas kami mendahului pihak lawan dengan dua gol tetapi mereka berjaya bangkit mendapatkan rentak dengan mendominasi suku terakhir perlawanan ini,” katanya.

Tiga gol Pulapol diperoleh menerusi dua jaringan Dick Cheny pada minit ke-13 dan 59 selain satu daripada Muhammad Nor Ubaidillah pada minit ke-26.

Kuala Lumpur pula terpaksa menerima hakikat kekalahan itu walaupun berjaya menghasilkan dua gol menerusi Mohd. Raid Mohd. Nasir dan Kevinder Singh.

Bagi pasukan Bukit Aman, mereka mara ke separuh akhir selepas menewaskan Briged Tengah 4-2. - K! ONLINE