Pada musim 2018, jentera W08 telah mempamerkan prestasi menakjubkan apabila membantu Hamilton merangkul gelaran juara dunia keempat sepanjang karier.

Bagaimanapun, Hamil­ton memberitahu, dia begitu lega dan selesa dengan prestasi jentera baharu Mercedes kali ini selepas berjaya melakukan catatan masa terpantas pada sesi ujian tersebut biarpun hanya menggunakan tayar medium.

“Saya sangat gembira dengan prestasi jentera kali ini. Bukan mudah untuk memandu jentera baharu kerana ia melibatkan teknik pemanduan yang berubah dan beberapa aspek lain tetapi saya berjaya menyesuaikan diri.

“Saya membuat 60 pusingan pada sesi kali ini dan saya dapat rasakan bahawa jentera kali ini lebih baik berbanding musim lalu.

“Namun, sudah pasti masih ada beberapa perkara yang perlu kami berikan perhatian untuk memastikan jentera benar-benar sempurna untuk saingan musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hamilton turut ditanya mengenai kemampuannya untuk meraih gelaran kelima musim ini tetapi dia mengakui, fokus utamanya ketika ini adalah untuk menguasai jentera baharu terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya ha­nya memikirkan mengenai cara untuk mengekalkan konsisten bersama jentera.

“Selepas musim bermula nanti, saya akan melihat prestasi dan kemampuan. Dari situ kita akan lihat sama ada saya mampu untuk meraih lagi gelaran juara musim ini ataupun tidak,” jelasnya. – Agensi