Menurut pengendali berusia 64 tahun itu, perkara tersebut berlaku susulan kemenangan mereka menumpaskan Serbia 4-2 baru-baru ini sekali gus menghidupkan peluang untuk beraksi pada saingan Euro 2020.

“Kami diundi dalam kumpulan yang sukar tetapi kemenangan yang diraih baru-baru ini telah membuka peluang kepada kami untuk layak. Para pemain juga semakin bersemangat dan sentiasa­ menunjukkan usaha keras pada sesi latihan bagi mencapai matlamat untuk meraih tiga mata.

“Saya harap para pemain boleh mengekalkan momentum cemerlang itu pada perlawanan menentang Lit­huania,” katanya.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, juara bertahan Euro 2016 berada di kedudukan kedua Kumpulan B menerusi lima mata. Bagaimanapun, mereka masih berpeluang untuk menambah jumlah mata selepas dibezakan dengan dua perlawanan lagi berbanding Ukraine yang kekal sebagai pendahulu kumpulan.

Mengulas lanjut, Santos turut meletakkan kepercayaan penuh kepada Cristiano Ronaldo serta Joao Felix sebagai penggempur utama pasukan.

“Selain mereka, semua pemain turut berperanan sebagai penjaring gol. Kami akan menetapkan strategi yang bersesuaian dengan corak Lithuania,” jelasnya. – Agensi