Tottenham terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal Pierre Emerick-Aubameyang sebelum skuad kendalian Pochettino me­nyamakan kedudukan hasil tandukan Eric Dier ketika bertandang ke Stadium Emirates.

Dier telah meraikan jaringan tersebut di hadapan penyokong tuan rumah dan situasi tersebut menimbulkan kemarahan pemain Arsenal yang berada di bangku simpanan sehingga berlaku pertengkaran dan memaksa Pochettino untuk campur tangan.

“Ketika keputusan seri 1-1, perlawanan berlangsung dengan sengit namun saya tidak tahu apa yang telah berlaku selepas itu.

“Ketika saya tiba, semuanya telah terlerai dan berada dalam keadaan yang tenang.

“Dalam keadaan tersebut apabila berjaya menjaringkan gol pe­nyamaan sudah tentu momentum memihak kepada kami.

“Apabila berdepan situasi tersebut, pemain seharusnya bijak untuk mengawal emosi supaya tidak boleh mencetuskan sebarang kekecohan atau perbalahan,” kata Pochettino.

Mengulas mengenai kekalahan tersebut, beliau mengakui Spurs tidak bernasib baik terutama apabila kehilangan pemain pertahanan, Jan Vertonghen yang dilayangkan kad merah menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk mengejar kedudukan Arsenal. – Agensi