Perkara tersebut diputuskan pada Mesyuarat Exco Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang berlangsung sebentar tadi.

Sebelum ini, syarikat berkenaan dilaporkan mahu meminda tarikh penganjuran kejohanan atas alasan tempoh yang diberikan tidak mencukupi.

Bagaimanapun PKBM menerusi presidennya, Datuk Abu Samah Abd. Wahab menolak permintaan tersebut kerana sebarang penangguhan tarikh akan menyebabkan LTdL 2019 akan hilang tarikan dari pelumba berkelas dunia di Eropah selain bimbang status hors classe LTdL ditarik balik oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). - K! ONLINE