Bekas pemain kebangsaan, Baljit Singh muncul wira Pulapol apabila meledak hatrik dengan tiga gol daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-19, 38 dan 50.

Ketua Jurulatih Pulapol, Zulkifli Omar bangga dengan kejayaan barisan pemainnya yang sekali lagi berjaya mara ke final tahun ini.

"Seperti yang semua tahu permusuhan antara Bukit Aman dan Pulapol emang sesuatu yang dinantikan penyokong dan pemain.

"Meskipun sudah melangkah ke pentas final tetapi kami masih perlu memberi aksi lebih baik jika mahu bergelar juara," katanya.

Satu lagi gol Pulapol pada aksi di Stadium Hoki Kangar itu diperoleh menerusi Dick Chenny seawal minit keenam manakala Marxhans Christi menghadiahkan jaringan sagu hati buat Bukit Aman pada minit ke-10. - K! ONLINE