MANIAM
MANIAM

Sebagai rekod, kekalahan skuad Gergasi Merah di tangan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu menyebabkan kedudukan Selangor ketika itu yang gah duduk di singgahsana Liga Super tersungkur.

Lebih malang, susulan keputusan itu juga, langkah Selangor dilihat mula tersekat apabila tewas sekali lagi kepada Pahang 1-3 sebelum mereka kembali dengan rentak kemenangan menewaskan MOF FC 3-0 dalam aksi Piala FA.

Ketika ditanya mengenai moral skuad kendaliannya, P. Maniam selaku ketua jurulatih skuad Gergasi Merah menegaskan, anak-anak buahnya sudah melupakan kekalahan itu dengan bersiap sedia untuk berkunjung ke Pantai Timur tersebut pada minggu depan.

“Pertama, kami mahu fokus kepada Liga Super iaitu perlawanan menentang Perak. Itulah yang kami mahu fokuskan.

“Perlawanan Piala FA adalah berbeza dengan aksi Liga Super, jadi kami akan mendekati perlawanan itu juga dengan cara berbeza.

“Moral pemain-pemain Selangor saya tidak fikir begitu lemah kerana saya percaya mereka sudah lupakan kekalahan tersebut. Kami telah menganalisis setiap kesilapan kami selepas kami tewas kepada mereka bulan lalu.

“TFC I merupakan pasukan sangat kuat tetapi Selangor juga harus percaya kepada kebolehan diri sendiri. Jadi, kami harus tampil dengan lebih ya–kin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menambahkan lagi kehangatan pusingan ketiga Piala FA, juara bertahan yang juga pemenang empat kali tofi tersebut, Kedah akan berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu salah satu pasukan pilihan, Pahang yang masih terluka selepas tewas 2-3 kepada skuad Helang Merah itu dalam aksi final di Stadium Shah Alam musim lalu.

Bagaimanapun, gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak berdepan kesukaran melangkah jauh pada saingan kali ini selepas diundi menentang UiTM FC di Shah Alam.

Aksi-aksi lain melibatkan Me–laka United menentang Kuala Lumpur, Perak bertandang ke Pulau Pinang, PKNP FC melayani Kuantan FA dan Felda United menanti kunjungan UKM FC dengan aksi pusingan ketiga bakal berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac ini.