Pelumba utamanya, Franco Morbidelli memperoleh data terbaik ketika menguji jentera YZR-M1 apabila menamatkan sesi ujian pertama 2019 di kedudukan kelapan dengan perbezaan 0.902 saat berbanding pelumba Ducati, Danilo Petrucci yang merekodkan catatan terpantas 1 minit 58.239 saat.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali me­ngakui berpuas hati dengan keputusan positif yang diraih pasukannya itu dan berharap mereka mampu meningkatkan keupayaan jentera pada sesi ujian ter­akhir di Qatar nanti.

“Menamatkan sesi ujian di tangga kelapan adalah hasil positif Morbidelli meskipun dia tidak begitu gembira dengan prestasi awal jentera, namun keputusan itu terbaik bagi pasukan untuk menganalisis data-data yang diperoleh.

“Morbidelli memberikan maklumat penting buat pasukan untuk menyediakan jentera yang lebih baik sebelum bermulanya sai­ngan MotoGP nanti. Apa pun, saya gembira dengan hasil kedua-dua pelumba dan berharap mereka dan berharap kedua-dua pelumba kami mendapatkan keserasian yang optimum,” katanya kepada pemberita semalam.

Sementara itu, Morbidelli mengakui prestasi jenteranya semakin baik berbanding hari pertama dan akan terus bekerjasama dengan pasukan untuk menyediakan jentera yang berdaya saing.