Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui telah mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Mohd. Khairi Zawi berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, terdapat pertindihan skop tugasan di kedua-dua agensi sukan berkenaan yang perlu dihapuskan bagi mengoptimum penggunaan dana terhadap aspek-aspek yang lebih penting.

“Insya-Allah, kami ke arah itu (penstrukturan semula). Sekarang ini, saya perlu dapatkan laporan penuh terlebih dahulu untuk lihat sama ada terdapat pertindihan antara skop tugasan dalam ISN dan MSN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Astro Bawah 15 tahun di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.