Bekas penyerang Dortmund, Aubameyang telah melengkapkan perpindahan bernilai £56juta (RM310 juta) pada saat-saat akhir jendela perpindahan pemain bulan lalu.

Bagaimanapun, Wenger dikatakan tidak berminat untuk menggandingkan dua penyerang itu bermain bersama-sama sebagaimana Aubameyang bersedia membuat debut apabila menentang Everton di Stadium Emirates awal pagi esok.

Namun, Henry mendedahkan, tiada sebab untuk Wenger tidak menurunkan dua penyerang itu memandangkan beliau pernah berbuat demikian ketika berada di bawah kendalian jurulatih kelahiran Perancis itu.

“Pada zaman saya bermain, kami bermain formasi 4-4-2 dan saya tidak fikir Wenger akan berbuat demikian pada musim ini tetapi kenapa tidak?

“Kadang-kadang apabila Olivier Giroud datang sebagai pemain gantian, Lacazette bergerak ke depan dan bermain di posisi (penyerang) kiri atau kanan. Saya tidak fikir Wenger akan lakukan pada awal permainan tetapi tidak salah untuk menurunkan dua penyerang di depan.

“Inilah masa terbaik untuk menggunakan dua penyerang berkualiti tinggi seperti Lacazette dan Aubameyang untuk menyelamatkan Arsenal musim ini,” ujarnya. 
– Agensi