Aksi di kubu keramat United iaitu Old Trafford malam Sabtu ini dijangka sengit memandangkan The Red Devils hanya dibezakan dua mata berbanding The Reds dengan masing-masing di kedudukan kedua serta ketiga carta Liga Perdana England (EPL).

Pemain United, Nemanja Matic yakin The Red Devils yang dikemudikan oleh Jose Mourinho memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri, namun penyerang The Reds, Sadio Mane percaya skuad Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp mampu menumpaskan mana-mana pasukan gergasi apatah lagi United.