ANTOINE Griezmann (kanan) yang mengetuai jentera serangan Perancis
ANTOINE Griezmann (kanan) yang mengetuai jentera serangan Perancis gagal memecah kekebalan benteng Jerman ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan awal pagi semalam.

Dalam aksi tersebut Les Bleus buntu menemui sebarang gol ketika beraksi di Allianz Arena, namun mereka tetap bernasib baik apabila penjaga golnya, Alphonse Areola mampu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pada lewat permainan.

Bagaimanapun, Descahmps merasakan persembahan pemainnya tetap baik apabila mereka bakal berdepan Belanda untuk aksi sete-rusnya hujung minggu ini.

“Aksi seterusnya semakin hampir. Kadang-kadang prestasi kami berada di tahap terbaik tetapi adakalanya sebaliknya berlaku.

“Saya merasakan kami berdepan sedikit masalah teknikal terutama-nya dalam penguasaan bola apabila berdepan Jerman untuk aksi pembukaan kali ini.

“Namun, saya melihat para pemain berada di tahap terbaik terutamanya dari aspek persediaan fizikal ketika berdepan pihak lawan.

“Semua pemain menunjukkan usaha dan kesungguhan yang tinggi untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi ketika kami mula di asak pada penghujung perlawanan.

“Sekiranya kami mampu menja-ringkan satu gol, sudah tentu Pe-
rancis akan menang, namun kini Jerman telah keluar dari zon trauma mereka dan keputusan ini sudah cukup baik untuk pemain berdepan Belanda selepas ini,” kata Deschamps. – Agensi