Pengurus Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, tempatnya akan digantikan dengan seorang pemain import baru dari Lebanon, Hussein El Dor. 

“Selepas perbincangan terperinci, Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersetuju untuk mengikat Hussein El Dor yang pernah beraksi dalam saingan Liga India (I-League) bersama kelab Churchill Brothers SC. 

“Pihak pengurusan dan juruatih yakin dan percaya kehadiran El Dor bakal memberi impak positif dalam usaha memantapkan lagi pasukan terutamanya di barisan pertahanan selain membantu jentera serangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Adly Shah, Pafa berharap kemasukan tiga pemain baru dalam skuad The Bos Gaurus ini dapat terus memberikan anjakan paradigm kepada prestasi pasukan dalam misi mengejar kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga Super selain memburu keputusan cemerlang dalam Piala FA dan Piala Malaysia. 

Terdahulu, El Dor yang tiba di Ipoh semalam sempat menyertai latihan rutin pasukan yang diadakan di Stadium Perak di sini malam tadi. 

Pemain dengan ketinggian 190 sentimeter itu dijangka diturunkan Ketua Jurulatih, Mehmed Durakovic dalam aksi Liga Super ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok. 

Beliau akan memakai jersi bernombor 5 dan menggantikan posisi yang ditinggalkan Zac Anderson di barisan pertahanan. - K! ONLINE