Pengerusi  Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, kejohanan antara negeri itu akan melibatkan beberapa kategori serta permainan yang sedang hangat disertai pemain-pemain sukan maya itu.

"Kita mengambil langkah ini kerana menyedari sukan e-sports ini akan terlibat dalam temasya Olimpik dan Sukan Asia akan datang.

"Malah kita juga mengambil kira sukan maya kini menjadi kegilaan golongan muda akibat kecanggihan teknologi, jadi  kita sediakan platform untuk mereka bermain secara lebih profesional di samping melihat bakat yang boleh diketengahkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah di sini hari ini.

Sukan Asia ke-19 pada  tahun 2022 yang bakal berlangsung di Hangzhou, China mengesahkan kemasukan e-sports, sebagai sukan berpingat, dalam temasya sukan terbesar untuk benua ini. - Bernama