Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, M. Kumaresan berkata, pihaknya memberi jaminan masalah pembayaran lewat kepada pemenang sebagaimana berlaku pada beberapa edisi terdahulu tidak akan berulang memandangkan penganjur sudah menyediakan wang tunai keseluruhan hampir RM1 juta pada kali ini.

"Setakat ini, persiapan kita hampir 90 peratus termasuk wang kemenangan kepada pemenang dan paling penting bagi kita adalah memastikan kejohanan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Kumaresan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman penajaan LTdL 2018 daripada beberapa syarikat swasta, selain kerajaan Terengganu yang menyumbang wang tunai RM200,000.

Penaja lain yang turut memberi sumbangan adalah NUR Power, Spritzer, Thule dan Givi Asia. - Bernama