Pemain veteran berusia 45 tahun itu nekad membuat keputusan drastik tersebut dua hari sebelum temasya membuka tirai setelah permintaannya untuk digandingkan dengan pemain handalan ditolak.

Pemegang 18 gelaran Grand Slam acara beregu lelaki dan campuran tersebut juga ternya­ta tidak berpuas hati apabila terpaksa bergandingan dengan pemain No. 300 dunia, Sumit ­Nagal.

“Walaupun saya telah buat permintaan itu berkali-kali, saya tetap kecewa kerana Persatuan Tenis India tidak mampu menyediakan pemain beregu handalan dalam pasukan ke Sukan Asia.

“Saya percaya penarikan diri saya bakal membuka banyak peluang kepada pemain-pemain yang ada untuk bermain lebih dari satu acara sama ada beregu lelaki atau beregu campuran,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan India, Zeeshan Ali meluahkan rasa kecewa dengan alasan ‘kebudak-budakan’ Paes yang menarik diri saat akhir sekali gus mengancam misi mereka merangkul pingat.

“Saya enggan menyoal tahap patriotisme Paes memandangkan dia seorang pemain profesional. Bagaimanapun, dia sepatutnya rela digandingkan dengan sesiapa pun apabila mewakili negara,” ujarnya. – Agensi