Ostapenko juara kejohanan remaja Wimbledon empat tahun lalu, juga merupakan pemain termuda yang masih bertahan dalam kategori perseorangan wanita bagi merebut slot ke pentas final.

Pemain berusia 21 tahun itu akan menentang pemain No. 10 dunia, Angelique Kerber yang turut mara selepas menewaskan pemain Rusia, Daria Kasatkina 6-3, 7-5.

Mengulas mengenai sema­ngatnya untuk merangkul gelaran Wimbledon pertamanya, Osta­penko mengakui kurang tertekan berbanding ketika mempertahankan kejuaraan pada Terbuka Pe­rancis, Mei lalu, sekali gus tersingkir pada pusingan pertama.

“Saya gembira kerana dapat berada pada peringkat separuh akhir Wimbledon. Cibulkova bermain dengan baik tapi saya tetap bertahan dan tidak beri muka sehingga tamat aksi.

“Saya ada tabiat buruk iaitu memukul kaki dengan tangan setiap kali membuat kesilapan. Kadangkala terlalu kuat dan saya perlukan ais,” katanya. 
– Agensi