Biarpun sekadar memiliki ke­ting­gian 130 sentimeter, ia tidak menghalang Nor Azira mempa­merkan persembahan positif de­ngan meraih kutipan 9.25 mata.

Apa yang pasti, kejayaan manis itu sekurang-kurangnya dapat membuka mata Jurulatih Mela­ka, Chai Chin Hin bahawa dia memiliki kualiti untuk mewa­kili negeri kelahirannya selepas bertindak me­nyertai Kelantan apabila tidak terpilih untuk menyertai Melaka.

“Saya sangat gembira kerana dapat mendapat pingat perak pada penampilan pertama di pentas Sukma ini.

“Saya hanya fikir mahu melakukan yang terbaik dan tidak memberi tekanan kepada diri sendiri sebaik turun ke gelanggang.

“Jika tidak, saya wakil Melaka tetapi tidak dipilih oleh jurulatih. Beliau mencadangkan na­ma saya kepada Kelantan dan saya di­pilih untuk mewakili pasukan ini,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Nor Azira mendedahkan dia memiliki impian untuk mewakili skuad kebangsaan dan bertekad untuk mempertingkatkan pres­tasi sebelum beraksi di pentas antarabangsa.

“Sudah pasti bergelar atlet ne­­gara menjadi impian setiap atlet-atlet negeri dan saya harap masa itu akan tiba kerana mahu me­nyumbang bakti serta mengha­rumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.

Pingat emas acara itu menjadi milik atlet negara yang merupakan pemenang pingat emas Kejo­hanan Wusyu Dunia di Kazan, Rusia tahun lalu, Tan Cheong Min yang mewakili Melaka de­ngan me­raih 9.56 mata manakala gangsa milik Lee Hui Xian (9.05 mata).