Walaupun mengharungi aksi pramusim yang cemerlang, namun skuad The Hammers seolah-olah hilang punca apabila gagal menghalang skuad kendalian Jurgen Klopp itu daripada ‘melanyak’ mereka di Anfield.

Bagaimanapun, West Ham perlu akur memandangkan Liverpool memiliki rekod cukup hebat di ge­langgang sendiri, namun Pellegrini mengakui masih kecewa dengan kekalahan memalukan itu.

“Saya sangat kecewa dengan cara kami bertahan serta melancarkan serangan. Kami gagal mencipta lebih banyak peluang kecuali pada 10 minit terakhir tetapi ia sudah terlewat.

“Penyokong-penyokong perlu faham apabila sesebuah pasukan membawa masuk ramai pemain baharu, maka ia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Saya percaya pasukan ini akan menjadi lebih baik pada perlawanan seterusnya,” ujar Pellegrini.

Justeru, bekas pengurus Manchester City itu menggesa pemain-pemainnya agar mula mengalihkan fokus ter­hadap perlawanan menentang Bournemouth Sabtu ini bagi mengutip tiga mata penuh.

“Sebenarnya saya sasar untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dari Anfield tetapi tidak berjaya, jadi kami akan fokus pada aksi menentang Bournemouth. Semua pemain perlu tahu mereka wajib mendapatkan tiga mata,” katanya. – Agensi