Pengumuman itu dibuat pada majlis pelancaran jersi pasukan tersebut pada Khamis lalu.

Pelancaran jersi baru itu adalah hasil usaha sama secara simbolik antara IIB dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bagi meningkatkan profil sukan berbasikal serta bakat baharu di negeri Johor.

“Pelancaran hari ini menandakan usaha sama penting antara IIB dan MSNJ bagi memastikan Johor terus kekal sebagai penyokong sukan berbasikal peringkat kebangsaan yang menyumbang kepada pembangunan kumpulan bakat kebangsaan yang lebih besar. 

“IIB akan terus menyokong Pasukan Berbasikal Iskandar Johor sebagai inisiatif IIB untuk agenda pembangunan komuniti, terutamanya dalam bidang sukan.

“Selaras dengan proses transformasi pasukan ke arah yang lebih profesional, MSNJ juga bersetuju untuk menggunakan nama Pasukan Cycling Iskandar Johor pada masa depan untuk kejohanan tempatan dan antarabangsa termasuk bentuk sokongan lain dari IIB yang sedang dibincangkan,” ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd. Gadaffie Mohd. Aziz. - Bernama