Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, meskipun mengakui ada peminat menganggap ia sebagai satu bahan jenaka namun ia tidak mustahil untuk direalisasikan berdasarkan minat yang pernah diluahkan oleh Ronaldinho untuk beraksi di Malaysia. 

"Ronaldinho sendiri pernah menyatakan hasrat untuk bermain di Malaysia sewaktu mempromosikan kempen Piala Dunia Rusia di Kuala Lumpur sebelum ini. 

Dia juga beritahu yang dia sedia bermain di Malaysia tanpa apa-apa bayaran. Jadi saya menyahut hasrat dia dan pada ketika ini kita dalam usaha mencari ejen yang sesuai untuk berhubung terus dengannya," katanya. 

Hasnul Zulkarnaian yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO dan Pembangunan Koperasi Perak bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Majlis Sambutan Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2018 di sini hari ini. - Bernama