Kata Pacquiao, dia juga lebih suka sekiranya pihak penganjur mengaturkan pertarungannya de­ngan Floyd Mayweather Jr. meskipun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada jaguh tinju Amerika Syarikat itu.

“Saya masih menanti persetujuan daripada Mayweather untuk bertarung semula dengannya memandangkan dia telah berjanji secara lisan kepada saya ketika kami bertemu di Tokyo, Jepun tahun lalu.

“Namun, saya tidak mahu menanti terlalu lama dan bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran yang tiba kerana difahamkan ada beberapa atlet tinju lain seperti Keith Thurman turut berminat bertarung dengan saya.

“Selain itu, saya juga terbuka untuk bertarung dengan Errol Spence Jr., Mikey Garcia atau Shawn Porter kerana saya meletakkan sasaran untuk menyertai sekurang-kurangnya tiga pertarungan pada tahun ini,” kata jaguh berusia 41 tahun itu.

Pacquiao sebelum ini hanya menyertai satu pertarungan ketika menewaskan Lucas Mathysse di Kuala Lumpur menerusi keputusan TKO tahun lalu dan hanya kembali ke gelanggang ketika menundukkan Broner di Los Angeles bulan lalu. – Agensi